Isnin, 10 November 2008

- JASA PEKEBUN -


TERUKIR NAMA DI PERSADA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
AMANAH DIBERI KEIMANAN TERUJI
SEMARAKKAN NAMA AGENSI


PEKEBUN KECIL DICINTAI
BERSAMA TEGUH BERDIRI
GANDAKAN USAHA
SEMATKAN CITI-CITA
DI ALAM CYBER TERUS JAYA

ENGKAULAH TONGGAK NEGARA
BERBUDI KEPADA BUMI TERCINTA
BAKTI MU DIKENANG
HIDUP KIAN GEMILANG
BERSAMALAH KITA BERJUANG

PEKEBUN KECIL DAN RISDA
DICIPTA UNTUK GANDING BERSAMA
TERUS TINGKATKAN PENGHASILAN NEGARA
MALAYSIA UNGGUL DI DUNIA



Rabu, 2 Julai 2008

-Hanan Zikri-


hehe...ni lah HANAN ZIKRI. hari2 duk menjaga dia...nakal bukan main. Biasalah, kanak-kanak ribena :) Tapi satu yang pasti, setiap kali azan berkumandang, pasti duduk melongo depan tv. Mulut pulak kumat-kamit dengan bahasanya yang mungkin aku tak berapa faham....tapi seronok melayan keletah mereka berdua...kakaknya memang suka menyakat adik...
tak apalah, mengajar aku sedikit-sebanyak mengenai anak-anak. Sebagai persediaan bila aku dah ada zuriat sendiri..



HANAN ZIKRI...

semoga besar nanti, menjadi anak yang soleh, permata kebanggaan mama dan papa...cik ina doakan.






-tinta-

Tanpa disedari..
Masa berlalu..
Menguji..mematang..mengajar..
Dan kadang-kadang melupakan kita..
Semakin jauh perjalanan..
Semakin kerdil rasa..
Se4makin singkat usia..
Hanya pada Allah sandaran segalanya..
Didoakan semoga kita dalam bimbingan..
dan lindungan rahmat-Nya sentiasa..
Selamat menyambut hari lahir yang ke-24
(9 Februari 2008)


Selamat hari guru..
Pendidik generasi muka..
Pembentuk ummah berjasa..
Pewaris kepimpinan dunia..
Teruskan jasamu wahai insan berhati mulia..
Jasamu dikenang buat selamanya...
(16 Mei 2008)

Rabu, 25 Jun 2008

-kenangan lalu-


kenangan bersama anak2 semasa AMAL ISLAMI PERINGKAT DAERAH 2008 di Meru...walaupun kalah,kami tetap gembira dan puas. Alhamdulillah...selama beberapa bulan berhempas-pulas...walaupun tidak menggondol sebarang anugerah...kami tetap bersemangat. Yang penting ilmu dan pengalaman...





ni pulak gambar walimah meksu dan arifin yang dah "lama" huhuhu. dah nak dapat baby pun...meksu, moga kalian bahagia selamanya..insya-Allah...doakan meklong k.





ni time walimah cik un dan cik mi....syok dapat gi kedah. cik un, jangan nakal2.....hang kena rajin masak!

Selasa, 15 April 2008

-SYAWAL 1428h-


kenangan semasa SYAWAL 1428h di Tanjong Karang.Hem...dalam gambar ni cuma abang sulungku saje yang takde...huhu, rindunya pada kenangan lalu...

Sabtu, 15 Mac 2008

-permata hatiku-


Sunyi rasanya...seminggu tak kedengaran hilai-tawa anak2. Aku rindu dengan gelak-tawa mereka...tak sabar tunggu isnin ni.
"Anak-anak adalah permata ayah bonda
penghibur duka lara, menyejukkan mata
ibarat kain putih yang suci dan bersih
terpulang bagaimana kita mencoraknya..."
kudoakan, kalian semua dilimpahi rahmat kasih-sayangNya selalu. Moga kasih antara kita kekal selamanya...sungguh, aku sayang kalian. Kalian banyak mengajarku...kalianlah guruku.
Masihkah ada ruang dan kesempatan untuk kita bersua kembali? tahukah kalian, aku akan meninggalkan kalian? Sayang...sayang sekali. Berat...berat sekali. Berat...terlalu berat untuk aku mengungkapkan kata-kata perpisahan. Namun yang pasti, ak sayang kalian semua.......

Rabu, 12 Mac 2008

-rindu-

RINDU ITU ADALAH...
ANUGERAH DARI ALLAH...
INSAN YANG BERHATI NURANI..
PUNYAI RASA RINDU...............


Moga kasih-sayang antara kami sentiasa merimbun di bawah nanungan kasihMu...Terima kasih mak, babah, ale, osob, edil, eriz, diyana, efiq dan adik yang sentiasa memberi sokongan dan galakan...

Terima kasih juga kerana sentiasa memberikan nasihat jua teguran membina...sesungguhnya, aku sayang kalian.


ukhuwah itu di hati, andai bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi, walau tiada di mata kini, ia hadir bila diingati, kerana selamanya ia kekal di dasar hati

-akhlaq mulia bunga diri-

AKHLAQ BUNGA DIRI

Ingat pesan Rasul junjungan
Hiaskanlah dirimu
Dengan sifat-sifat yang mulia
Ia fitrah semua manusia

Akhlaq yang mulia ibarat bunga
Ia disukai semua manusia
Akibat tertarik bila terpandangnya
Ia sifat mahmudah yang mulia

Akhlaq yang mulia sangat istimewa
Tika menjadi hiasan diri
Ia disukai kawan dan lawan
Akhlaq mulia bunga diri

Sabar, bersyukur adalah sifat-sifat yang mulia
Kasih-sayang,memaafkan mestilah menghiasi diri
Lelaki dan wanita
Tua atau muda
Mesti mengamalkan sifat mahmudah
Jika manusia tidak mengamalkan
Mereka bukan lagi manusia

-lagu yang akan disampaikan oleh anak-anakku sempena AMAL ISLAMI tidak lama lagi.

Ahad, 9 Mac 2008

- Ya Rabb -



- bila Qalam berbicara, di sini segalanya bermula -

Ya Allah...

Dalam ketenangan ini...

Aku bersimpuh mengharap...

Cinta Ilahi...cinta hakiki...

Menemani perjalanan hidupku......

- bicaraku ...-

Alhamdulillah...
ntah bagaimana rasa hatiku kala ini...terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama. Setelah berbulan-bulan...akhirnya aku kembali semula. Bukan sengaja "merobohkan" rumah lama, namun iu realiti yang terpaksa kuterima.

erm...lewat bulan hadapan, karya terbaru akan kusiapkan. Terima kasih kepada teman-teman yang tidak putus2 memberi sokongan dan galakan...tunggu!